Salam alaik..
Saya memang suka blog-hopping, lepas tu terjumpa satu blog yang best. Kat situ saya baca kisah sahabat, Saab bin Rabi’, yakni Ansar yang telah dipersaudarakan dengan Abdul Rahman bin Auf’. MasyaAllah mana kita nak cari pemuda seperti beliau? Kata-katanya dalam perang Uhud sebelum dia syahid meruntun jiwa saya;
Sesungguhnya aku telah tercium harumnya bau syurga. Katakan kepada kaumku golongan Ansar, tidak ada penipuan di sisi Allah bagi kamu sekiranya kamu ikhlas terhadap Rasulullah s.a.w dan selagi pada mata kamu terdapat mata yang sanggup mengerdip…
Astaghfirullah, diri saya sangat-sangat kecil jika hendak dibandingkan dengan semangat keperwiraan sahabat dan sahabiah. Ini kata-kata yang lahir dari seorang pejuang Islam sebenar, sahabat yang berjuang mati-matian untuk mempertahankan kesucian agama ni. Jalan dakwah itu telah mereka lalui sejak kurun yang lalu.
“Sesungguhnya aku telah mencium bau syurga”. Allah, saya juga ingin menciumnya!! Tapi hanya Saad yang dapat menciumnya kerana setiap pengorbanan yang telah dilakukanya. Hanya mereka yang berjuang di jalan juang yang dapat merasai jerit payah perjuangan.
Jika seorang peminat bola sepak menceritakan kepada saya betapa cantiknya sepakan Ronaldo, saya pasti termangu kerana saya tidak berahi akan bola sepak sepertimana sesetengah perempuan lain. Jika seorang peminat sastera ghairah menceritakan keindahan bait-bait syair kepada mereka yang buta sastera seperti saya, mana mungkin saya dapat menghayati apa yang dirasainya. Begitu juga kisah perjuangan. Tidak mampu diganbarkan dengan kata-kata betapa indahnya, payahnya dan letihnya perjuangan itu, ia hanya mampu dirasai oleh penanggungnya.
Namun disitu, pejuang itu merasai perit jerih perjuangannya.
Hari minggu, akan tidur di lantai berulit sleepingbag. Makan berdulang. 50 berkongsi tandas yang 2. Adakah itu perjuangan?
Hari-hari biasa, dia sibuk menunai hak ukhuwwah. Berjumpa adik-adik yang disayangi, meminjamkan bahu untuk rakan yang memerlukan. Dan dia berkejar untuk menyiapkan kerja assignmentnya atau untuk catch-up studynya. Adakah itu perjuangan?
Untuk apa perjuangan itu? Adakah manisnya seperti tidur di tilam yang empuk tatkala hujung minggu? adakah manisnya jika study tidak diganggu?
Manisnya hanya boleh dirasai oleh mereka yang berjuang. Tanyalah pada setiap jiwa-jiwa itu dan jika beruntung, dapatlan jawapannya. Yang pasti manis itu sukar untuk dikatakan, tiada kata yang mampu mengungkapnya. Jika mahu merasanya, mesti kena berjuang!
Islam is total submission, no IFs or BUTs.
Kata-kata brother yang menjadi iman solat aidil-adha kami tadi. Simple, but yet so meaningful. Lagi sekali, kena la islam sendiri untuk merasai kemanisan Islam..
Nota kaki ;
1. islam – penganut
2. Islam – agama