Perbaiki diri,serulah orang lain

August 14, 2009

Hanya kepada Dia kesyukuran ini layak

Filed under: Uncategorized — zuriyati @ 4:15 am

salam..

Hampir 6 bulan blog ini tidak bertuan. Mohon maaf untuk pembaca yang sering berkunjung. Semestinya jutaan peristiwa manis telah berlaku kepada saya.

Yang paling besar ialah saya telah pun menamatkan ijazah saya MBChB di Leicester pada 10 julai yang lepas. Kegembiraan yang teramat dan kesyukuran yang tiada tolak bandingnya untuk si Dia. Sayang ma dan ayah tidak dapat melihat anak mereka memakai jubah konvo tapi adik saya yang telah meneman saya di hari paling bersejarah itu.

Sekarang, saya sebagai junior doktor di Kettering General Hospital, Northampton-40 minit dari Leicester. Kerisauan tahap tinggi untuk memulakan kerja minggu lepas, namun saya gagahkan semangat untuk terus berjuang untuk menjadi seorang doktor. Banyak yang saya belajar sebagai junior doktor di Unit bedah (surgery FY1) ini. Hari-hari berlari mengejar surgeon yang cepat sangat ‘ward round’nya.Penat namun gembira kerana inilah yang saya idamkan sekian lama.

Ketika saya menulis entri ini, saya on call malam. Mencuri peluang ketika patient tidur untuk menulis. Takut juga jika ‘bleep’ berbunyi. Namun setakat ini,alhamdulillah semunya ok. Hanya kepada Dia saya berharap agar dipermudahkan segalanya.

Apa yang saya harapkan agar saya mampu untuk menjadi doktor muslimah.doakan saya.

Advertisements

February 19, 2009

MSM Kargo Service

Filed under: Uncategorized — zuriyati @ 7:04 pm

 

 

Kelebihan MSMkargo

ü  Perniagaan 100% muslim

ü  Barang-barang anda dijamin selamat(dan tidak pecah)

ü  Door-to door service

ü  Harga yang murah dan berpatutan

ü  Menjimatkan masa anda… anda hanya perlu tunggu dan relax sahaja

Pakej-pakej Yang Ditawarkan

1.      Per box:

·         Medium size :

Ø  18 x 18 x 20 (inch)

Ø  GBP 20.00

Ø  Max 30kg

Ø  Harga kotak = GBP 2.00 (tidak termasuk dalam GBP 20.00 di atas)

·         Economy size

Ø  18 x 18 x 30 (inch)

Ø  GBP 25.00

Ø  Max 40 kg

Ø  Harga kotak = GBP 3.00 (tidak termasuk dalam GBP 25.00 di atas)

2.      Per GBP 100.00:

·         5 kotak size ekonomi

·         Kotak boleh dibeli(GBP 3.00) atau dicari sendiri

 

Proses

1)      Anda diminta untuk mengisi borang maklumat shipping sebelum 30 MAC 2009

2)      Bagi yang menempah kotak dari MSMkargo, kotak-kotak anda akan diserahkan pada mid April 2009

3)      Pengutipan kotak-kotak yang telah siap dibungkus akan dilakukan dari pertengahan Mei sehingga akhir Jun di mana kami akan datang mengutipnya dari rumah anda

4)      MSMkargo akan menghantar barangan anda ke Malaysia pada early Julai dan dijangka sampai pada bulan August

5)      Pihak kami akan menghantar barangan anda direct ke pintu rumah anda

 

Maklumat Tambahan

§  Overweight charge = GBP 1 per kg

§  Segala urusan handling dilakukan oleh orang islam yang praktis. Oleh itu, barang-barang anda dijamin selamat

§  Jika anda memilih untuk memakai kotak sendiri,diwajibkan mencari kotak double wall

§  Dilarang menghantar barangan-barangan berbahaya dan perabot-perabot besar seperti kerusi dsb

§  Bagi yang memilih untuk menggunakan kotak sendiri, kategori kotak anda akan ditentukan melalui isipadu kotak anda. Jika ia melebihi isipadu ‘Medium’,maka ia akan dikira sebagai ‘Economy’.

§  Sebarang kotak yang melebihi isipadu maximum ‘Economy’ tidak akan di layan

§  Servis untuk semenanjung Malaysia dan UK sahaja( sabah,Sarawak, Ireland tak termasuk)

 

Pesanan ringkas

ü Sebolehnya sila sama ratakan berat barang-barang anda di dalam kotak

ü  Letakkan barang-barang yang berat di bawah dan barang-barang yang ringan di atas. Barang- barang yang fragile perlu di letak di antara top and middle dan dilindungi dengan bahan-bahan yang lembut(i.e. pakaian)

ü  Jangan isi keseluruhan kotak anda dengan buku. Ini boleh membahayakan dan anda mungkin akan melebihi maximum weight

ü  Isi ruang-ruang kosong di dalam kotak anda dengan kertas yang digumpal untuk mengelakkan barang-barang bergerak ketika dalam proses shipping

ü  Sila letakkan tanda fragile jika kotak anda mengandungi bahan fragile

Contact details

v  Khairul Izham Musa

a)      msmkargo@yahoo.co.uk

b)      07894989952

February 12, 2009

MUJAHIDAH

Filed under: Uncategorized — zuriyati @ 10:04 pm

Mujahidah..


Mujahidah tak kenal erti takut.
Mujahidah tahu perasaan takut hanya layak bagi Allah SWT.
Menjadikannya peka dan berhati-hati.
Hatinya sangat sensitif pada kebencian Ilahi.
Tak ingin sekali pun kalau dimurkai.


Mujahidah tak kenal erti sedih.
Tiada masa untuknya terus melayan perasaan.
Tumuhat yang hendak dicapai terlalu besar.
Mujahidah tidak pula lalai dan leka.
Dengan janji manis duniawi.
Dan tipu daya syaitan.



Mujahidah berjiwa kental.
Airmata mujahidah sangat mahal.
Tahanlah ia wahai mujahidah,
Jangan pernah manusia melihat airmata itu jatuh.
Kerana permata-permata itu
hanya untuk Allah Yang Maha Pemurah.


Mujahidah tak kenal erti umur.
Mujahidah tetap syabab selagi keyakinan yang mantap,
keikhlasan,
semangat berkobar-kobar,
dan kesanggupan untuk berkorban sentiasa mengalir,
di dalam jiwa mujahidah.

January 29, 2009

Dakwah dan kita

Filed under: Uncategorized — zuriyati @ 3:30 pm

salam alaik..

Sekalian pembaca yang saya hormati,sama-sama anda dan saya bersyukur kerana kita masih lagi bernyawa untuk kita menunaikan 2 tugas utama kita di muka bumi ini,yakni abid dan khalifah.

Saja bertapa di blog ustaz Tajul dan terjumpa entry ini. Tersentap saya seketika, konon mengaku daei tapi rupa-rupanya masih belum daie. Jadi inilah sedikit renungan untuk mereka yang menggelar dirinya seorang daie. Dan siapa yang nak tahu apa maksud daie,PM la saya ye 😉

Ciri-ciri seorang daei;

1. Qudwah (teladan) sebelum dakwah
2. Menjalin keakraban sebelum pengajaran
3. Mengenalkan Islam sebelum memberi tugas
4. Bertahap dalam pemberian tugas
5. Mempermudah, bukan mempersulit
6. Menyampaikan yang ushul (dasar) sebelum yang furu’ (cabang)
7. Memberi khabar gembira sebelum ancaman
8. Memahamkan
9. Mendidik bukan menelanjangi
10. Menjadi murid seorang imam, bukan muridnya buku

Saya takut. Saya gembira. Saya tak tahu apa perasaan saya sekarang ni. Exam final saya sebelum saya menjadi doktor bertauliah akan tiba kurang 6minggu dari sekarang. Doakan saya!

Saya,
Nahnu Du’aatun Qabla Kulli Syai’in. “Kami adalah dai sebelum jadi apapun”.

January 28, 2009

Bebaskan Palestin

Filed under: Uncategorized — zuriyati @ 12:09 pm

Salam alaik..

Isu Palestin hangat,merata-rata.Kami  Majlis Syura Muslimun selaku badan dakwah berdaftar di MSD UK/Eire juga tidak ketinggalan 😉 Tunjukkan sokongan anda!

bebaskan-palestin_02_front

bebaskan-palestin_02_back1

Bagi yang ingin menderma,bolehlah menderma di sini

Nama akaun -MSM Appeal
Sort code – 403117
No akaun – 31458272
Moga meraka,anda dan saya akan bertemu di syurgaNya..amin

January 15, 2009

Allah azab mereka dengan rasa takut

Filed under: Uncategorized — zuriyati @ 5:20 pm

Salam alaik

Hari ini genap 21 hari mereka bermandi darah dan bom. Cekal sugguh semnagat saudaraku ini.

Allah telah memuliakan mereka dengan jihad. Allah telah meninggikan mereka dengan syahid di jalanNya dan Allah juga telah menjanjikan mereka dengan dua ganjaran terbesar samada kemenangan atau syurga.

Jadikanlah kejadian yang melanda Palestin, khusunya Gaza ketika ini sebagai wasilah untuk menyatukan seluruh umat Islam. Lepaskanlah seluruh pakaian yang selama ini banyak menghiasi kaum Muslimin dunia seperti ashobiyah(kesukuan) , etnik, kedaerahan, mazhab, jamaah dan parti politik untuk kita mengenakan satu pakaian yang jauh lebih indah dan mulia iaitu pakaian Islam. Satu pakaian yang diikat dengan tali aqidah dan sesuai dikenakan oleh seluruh umat Islam di mana pun ia berada dan dari mana pun ia berasal.

Semoga Allah S.W.T. sentiasa memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para mujahidin Palestin yang terdiri dari pejuang HAMAS atau dari organisasi lain dalam meninggikan panji Allah dan menjaga kehormatan bangsa Palestin dan kaum Muslimin dalam melawan orang-orang yang paling keras permusuhannya dengan kaum Muslimin, iaitu Zionis Yahudi sepertimana yang disebut dalam Al Quran surah Al Maaidah ayat 82, “

Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik.”Selama mana mereka semua berniat untuk meninggikan kalimat Allah maka mereka adalah para mujahidin di jalan Allah yang seharusnya mendapat dokongan dari seluruh kaum Muslimin lainnya dari setiap jengkal bumi Allah ini.

Perang Badar disebut juga sebagai “Yaum Al Furqan” iaitu Hari Pembeza. Selain itu ia juga disebut “Yaum Altaqaal Jam’aan” iaitu Hari Pertemuan Dua Kelompok antara pasukan Allah Ar Rahman dengan pasukan syaithan.

Pada hari itu, musuh Allah, Abu Jahal bersumpah tidak akan kembali ke rumahnya sehingga ia benar-benar mengalahkan Muhammad S.A.W. dan para sahabatnya. Ia berseru kepada kaumnya, “Aku tidak hanya sekadar memerintahkan salah seorang dari kamu untuk membunuh salah seorang dari mereka, tapi bunuhlah mereka semuanya. Kita ingin mengajar akibat tindakan mereka meninggalkan agama kamu dan akibat mereka membenci sembahan yang ditinggalkan oleh orang-orang tua mereka.”

Dapatkah kita memahami situasi yang ada ketika itu? Bagaimana kemarahan yang membumbung di langit –langit Badar. Bagaimana kesombongan yang begitu luar biasa bersemayam dalam hati orang-orang yang memusuhi kebenaran. Bagaimana keangkuhan mereka seperti menginjak-injak para pembela kalimat Allah.

Kemarahan, kesombongan dan keangkuhan itu ternyata tidak lama. Hanya satu atau dua jam saja peperangan, kemudian mereka lari tunggang langgang ketakutan.

Ingatkah kita ketika pasukan Parsi berhadapan dengan kaum Muslimin dalam peperangan Al Qadisiyah? Itulah angkatan perang terbesar di dunia ketika itu. Jumlah pasukannya ratusan ribu orang, lengkap dengan segala jenis persenjataan dan kuda-kuda perang yang terlatih.

Hari pertama pertempuran, Rustum, panglima perang Parsi berkata di atas kudanya, “Hari ini kita akan hancurkan mereka sehancur-hancurnya”. Seorang pembantunya mengingatkan, “Belum tentu seperti itu, katakanlah, “Jika Tuhan mengizinkan” . Tapi Rustum menjawab, “Tidak, meskipun Tuhan tidak mengizinkan” .

Di saat kedua belah pasukan bertemu, Rustum tertawa melihat pasukan Muhammad S.A.W. yang berjumlah sedikit dan persenjataan yang di anggap buruk. Pertempuran pun berlangsung dan hanya beberapa hari berlangsung pasukan Rustum lari dari medan tempur kerana tidak mampu menghadapi kaum Muslimin.

Cuba kita bandingkan jumlah tentera dan kelengkapan persenjataan di antara kedua pasukan yang kini bertemu di medan Gaza. Pasukan pertahanan Israel (IDF) memiliki sekurang-kurangnya 176,000 askar, 875 jet berkelajuan supersonik, ratusan helikopter penggempur, 2,800 kereta kebal dan 1,800 senjata artileri.

HAMAS hanya memiliki paling banyak 20,000 pejuang. Tiada jet pejuang, tiada helikopter dan tiada kereta kebal. Mereka hanya mempunyai roket Al Qassam, Al Banna dan Al Yassin yang diubahsuai daripada roket Rusia PG-2 (mampu hancurkan kereta kebal Merkava dalam jarak 500 meter). Paling jauh roket-roket HAMAS boleh pergi ialah sekitar 55 kilometer di Bandar Sderoth, tetapi tidak cukup untuk sampai ke markas tentera haram Israel. Namun dalam keadaan sedemikianpun Israel belum mampu untuk menewaskan HAMAS.

Perhatikanlah firman Allah S.W.T. dalam surah Al Kahfi, ayat 18,

“Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpalingdari mereka dengan melarikan diri dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi ketakutan terhadap

Cuba kita amati ayat di atas bagaimana yang lazim terjadi adalah seseorang merasa takut lebih dahulu kemudian baru lari ketakutan tapi ayat di atas justeru menggambarkan kebalikannya iaitu lari dulu baru merasakan ketakutan. Keadaan ini muncul dalam situasi ketakutan yang bukan kepalang. Di saat seseorang tercengkam dengan kengerian yang begitu dahsyat. Ketika seseorang melihat kematian ada di hadapannya, ia akan lari ke mana sahaja tanpa tujuan. Ia akan terus berada dalam keadaan seperti itu sehingga ia cuba meninggalkan kawasan berbahaya yang akan mengancam dirinya.

Begitulah situasi yang di alami pasukan musuh Islam ketika menghadapi kaum Muslimin dengan lari tunggang langgang meninggalkan segala perbekalan tanpa arah tujuan dan hanya memikirkan bagaimana cara untuk menghindarkan diri mereka dari wilayah ketakutan yang begitu mencengkam.

Begitu pula apa yang berlaku di Gaza. Walaupun sudah 12 hari mereka mengganas di Gaza, Alhamdulillah mereka masih tidak mampu menguasainya walaupun dibantu oleh ribuan tentera, pelbagai senjata canggih termasuk kimia.

Kemenangan tidak harus bersandarkan besarnya jumlah. Kemenangan tidak selalu disandarkan kepada kualiti persenjataan. Rangkaian peperangan yang dimenangkan oleh kaum Muslimin bukan selalunya kerana jumlah dan kekuatan senjata. Yang dimiliki kaum Muslimin adalah `senjata’ yang menakutkan yang boleh mengalahkan urusan jumlah dan persenjataan musuh.

Kita ditolong oleh Allah S.W.T. dengan munculnya rasa takut dalam hati musuh-musuh Islam seperti yang disebutkan dalam firman Allah S.W.T. didalam surah Al Anfal , ayat 12 yang ertinya, “

Dari manakah kita memperolehi senjata seperti itu? Jawapannya adalah, taat kepada Allah dan Rasulnya, bersatu dan berpadu dalam kalimat Allah dan berjuang dengan mengorbankan apapun yang kita miliki supaya tersebarnya agama ini. Di sanalah, Allah S.W.T. akan membuktikan janjiNya, “Dan Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama)Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat dan Maha Perkasa.” (QS Al Hajj : 40).

Jika kita benar-benar pasukan Allah, maka Allah pun akan mengirimkan pasukanNya untuk kita dan di antara pasukan Allah itu adalah kemunculan rasa takut di hati musuh-musuh Islam.

(Ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah (pendirian) orang-orang yang telah beriman”. Kelak akan Aku hunjamkan rasa takut dalam hati orang-orang kafir…”

“Barangsiapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin maka dia bukan dari golongan mereka (kaum Muslimin).”( HR Ath Thabrani)

January 5, 2009

Wahai saudaraku…tabah dan sabarlah..

Filed under: Uncategorized — zuriyati @ 9:27 am

Salam alaik..

Hari ni hari ke 10 mereka bergelut melawan musuh Allah yahudi zionist Israel. Allah, saudara-saudaraku ini memang tabah dan sabar. Berikanlah mereka kesabaran dan keutuhan untuk mereka melawan musuhMu dan syahidkan mereka…

Hari pertama dan kedua perang ini saya dan kawan-kawan berada di Sinai, Mesir. Kamu tiada sumber maklumat tentang musibah ini. Kami berkunjung ke sempadan Mesir-israel di mana keliahatan aman damai. Malam ke-7 pula saya terperangkap dalam kesekakan lalu lintas lebih 2 jam kerana tunjuk perasaan di Cairo. Mereka bertakbir tapi polis-polis Mesir galak memukul mereka.

p1040451

Tunjuk perasaan aman sedang berlaku di mana-mana, Leicester juga tidak ketinggalan. Saya sempat ke salah satu demo yang dianjurkan Parti Socialist sabtu lepas. Friends of al-Aqsa akan mengadakan Candlelight Night rabu ini di Leicester dan satu demo di London sabtu ini untuk membantah tindakan yang rendah tarafnya dengan binatang.

dsc00753

Berita terkini hari ni, lebih 500 Palestian terbunuh. Senjata yang digunakan Israel pula adalah senjata Uranium canggih yang impaknya mampu menghancurkan tubuh dan jika terselamat, kesan jangka panjang Uranium adalah kanser. Bekalan perubatan semakin susut dan doktor-doktor merawat pesakit di atas lantai. Wakil-wail EU pula sedang berkumpul di Mesir untuk menyelesaikan masalah ini. Kita tunggu dan lihat.

Zionist Israel memang keji. Kaum yang ingkar dengan ajaran Nabi Musa ini terus menerus mengganas. Mereka menolak Man wa Salwa (makanan syurga), mereka mahukan ladang tapi Allah sesatkan mereka 40tahun dan mereka ingkar ajakan Nabi Musa untuk berjihad. Keingkaran mereka sangat total.

Apa sumbangan kita sebagai saudara seislam? Mana negara-negara islam? OIC mana?
1. Doa dan terus doa. Qunut Nazilah
2. Derma – Friends of al-Aqsa, Muslim hand etc. Semuanya online
3. Boikot barangan Israel. Kawan-kawan yang belum silalah sedar betapa duit yang kita belanjakan telah digunakan Israel untuk mencipta senjata Uranium.
4.Doa lagi..

December 19, 2008

Egypt in 4 days…

Filed under: Uncategorized — zuriyati @ 5:55 pm

Salam alaik..


Pesan Umar al-Khattab ” Melatalah kamu di Bumi Allah untuk melihat kebesaranNya”

InsyaAllah saya akan berjaulah ke Mesir bermula 23hb hingga 2 Jan 2009. Saya akan ke Cairo, Alex dan Mt Sinai. Doakan saya dijaga Allah. Semoga jaulah ke Bumi Anbiya’ dan Bumi Fir’aun ini akan menambahkan ketakwaan saya kepadaNya.

Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah; karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul). ( Al Imraan : 137 )

ps – Untuk adik-adik saya tersayang di Leicester, belajar rajin-rajin tau 😀

pss – Tahniah untuk adik saya di Malaysia atas kejayaan >3 pointer

Salam sayang untuk semua

December 8, 2008

Berjuang ertinya terkorban..

Filed under: Uncategorized — zuriyati @ 9:57 pm

Salam alaik..

Saya memang suka blog-hopping, lepas tu terjumpa satu blog yang best. Kat situ saya baca kisah sahabat, Saab bin Rabi’, yakni Ansar yang telah dipersaudarakan dengan Abdul Rahman bin Auf’. MasyaAllah mana kita nak cari pemuda seperti beliau? Kata-katanya dalam perang Uhud sebelum dia syahid meruntun jiwa saya;

Sesungguhnya aku telah tercium harumnya bau syurga. Katakan kepada kaumku golongan Ansar, tidak ada penipuan di sisi Allah bagi kamu sekiranya kamu ikhlas terhadap Rasulullah s.a.w dan selagi pada mata kamu terdapat mata yang sanggup mengerdip…

Astaghfirullah, diri saya sangat-sangat kecil jika hendak dibandingkan dengan semangat keperwiraan sahabat dan sahabiah. Ini kata-kata yang lahir dari seorang pejuang Islam sebenar, sahabat yang berjuang mati-matian untuk mempertahankan kesucian agama ni. Jalan dakwah itu telah mereka lalui sejak kurun yang lalu.

“Sesungguhnya aku telah mencium bau syurga”. Allah, saya juga ingin menciumnya!! Tapi hanya Saad yang dapat menciumnya kerana setiap pengorbanan yang telah dilakukanya. Hanya mereka yang berjuang di jalan juang yang dapat merasai jerit payah perjuangan.

Jika seorang peminat bola sepak menceritakan kepada saya betapa cantiknya sepakan Ronaldo, saya pasti termangu kerana saya tidak berahi akan bola sepak sepertimana sesetengah perempuan lain. Jika seorang peminat sastera ghairah menceritakan keindahan bait-bait syair kepada mereka yang buta sastera seperti saya, mana mungkin saya dapat menghayati apa yang dirasainya. Begitu juga kisah perjuangan. Tidak mampu diganbarkan dengan kata-kata betapa indahnya, payahnya dan letihnya perjuangan itu, ia hanya mampu dirasai oleh penanggungnya.

Namun disitu, pejuang itu merasai perit jerih perjuangannya.

Hari minggu, akan tidur di lantai berulit sleepingbag. Makan berdulang. 50 berkongsi tandas yang 2. Adakah itu perjuangan?

Hari-hari biasa, dia sibuk menunai hak ukhuwwah. Berjumpa adik-adik yang disayangi, meminjamkan bahu untuk rakan yang memerlukan. Dan dia berkejar untuk menyiapkan kerja assignmentnya atau untuk catch-up studynya. Adakah itu perjuangan?

Untuk apa perjuangan itu? Adakah manisnya seperti tidur di tilam yang empuk tatkala hujung minggu? adakah manisnya jika study tidak diganggu?

Manisnya hanya boleh dirasai oleh mereka yang berjuang. Tanyalah pada setiap jiwa-jiwa itu dan jika beruntung, dapatlan jawapannya. Yang pasti manis itu sukar untuk dikatakan, tiada kata yang mampu mengungkapnya. Jika mahu merasanya, mesti kena berjuang!

Islam is total submission, no IFs or BUTs.

Kata-kata brother yang menjadi iman solat aidil-adha kami tadi. Simple, but yet so meaningful. Lagi sekali, kena la islam sendiri untuk merasai kemanisan Islam..

Nota kaki ;
1. islam – penganut
2. Islam – agama

October 28, 2008

stress

Filed under: Uncategorized — zuriyati @ 12:17 pm

Salam barakallahu fik

I am in the middle of deep stress at the moment. Final is just around the corner but revision is far away. Trapped with job-application-how to boost yourself- make me sick. I juggled to finish the questions and start my revision. I wish I am at home with my sweet little adik huhu.

(<—– my sweet little monster adik)

Last night, when I did muhasabah before went to the fairyland, I realized how weak I am. How easily I was carried away by all those problems.

Allah did mention in Quran;

And certainly, we shall test you with something offear; hunger; loss of wealth, lives and .. ibut give glad tidings to the patient ones. (Qur’an 2: 155)

And in authentic hadith,Prophet Muhammad said;

“Wonderful is the affair of the believer! His affairs in their entirety are good for him: if good befalls him, he is thankful, and that is good for him. And if harm befalls him, he is patient, and that is good for him. And this (prosperous state of being) is only for the believer.”

I need to be more patient, like what prophet did when he was violently exiled by the kuffar. I should not be sad, everything will occur according to afire-ordainment. Yes,it will!!!

Indeed, I am a slave of Him. He know best!

Pray for me.

Next Page »

Blog at WordPress.com.