Perbaiki diri,serulah orang lain

August 14, 2009

Hanya kepada Dia kesyukuran ini layak

Filed under: Uncategorized — zuriyati @ 4:15 am

salam..

Hampir 6 bulan blog ini tidak bertuan. Mohon maaf untuk pembaca yang sering berkunjung. Semestinya jutaan peristiwa manis telah berlaku kepada saya.

Yang paling besar ialah saya telah pun menamatkan ijazah saya MBChB di Leicester pada 10 julai yang lepas. Kegembiraan yang teramat dan kesyukuran yang tiada tolak bandingnya untuk si Dia. Sayang ma dan ayah tidak dapat melihat anak mereka memakai jubah konvo tapi adik saya yang telah meneman saya di hari paling bersejarah itu.

Sekarang, saya sebagai junior doktor di Kettering General Hospital, Northampton-40 minit dari Leicester. Kerisauan tahap tinggi untuk memulakan kerja minggu lepas, namun saya gagahkan semangat untuk terus berjuang untuk menjadi seorang doktor. Banyak yang saya belajar sebagai junior doktor di Unit bedah (surgery FY1) ini. Hari-hari berlari mengejar surgeon yang cepat sangat ‘ward round’nya.Penat namun gembira kerana inilah yang saya idamkan sekian lama.

Ketika saya menulis entri ini, saya on call malam. Mencuri peluang ketika patient tidur untuk menulis. Takut juga jika ‘bleep’ berbunyi. Namun setakat ini,alhamdulillah semunya ok. Hanya kepada Dia saya berharap agar dipermudahkan segalanya.

Apa yang saya harapkan agar saya mampu untuk menjadi doktor muslimah.doakan saya.

4 Comments »

  1. salam ramadhan al mubarak.
    selamat menjalani ibadah puasa..cik doktor.
    🙂

    rindu..
    rindu nyer kt Zue

    Comment by Sheeda — August 23, 2009 @ 1:54 pm | Reply

    • salam..rindu juga kat sheeda..i will be home for eid.nanti jumpe tau kat besut..yeayy alhamdulillah 😉

      Comment by zuriyati — August 29, 2009 @ 2:19 pm | Reply

  2. salam ramadhan al mubarak!

    dari Dungun, Terengganu

    Comment by Sheeda — August 29, 2009 @ 12:18 am | Reply

    • salam ramadhan juga dari 45 thirlmere st,leicester UK 😉 kem salam kat mak tau

      Comment by zuriyati — August 29, 2009 @ 2:20 pm | Reply


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Blog at WordPress.com.